Friday 13 January 2012

Jumaat Malam Sabtu

Malam tadi banyak rancangan menarik untuk ditonton sehinggakan saya tidak begitu fokus pada satu-satu siaran. Sekejap-sekejap tukar siaran. Semenjak saya dah langgan pakej Mustika, malam saya asyik padat sahaja. Kalau rancangan tv percuma tidak seronok, tukar sahaja ke Astro. Ada sahaja rancangan yang diulang-ulang entah berapa kali sehingga hati ini tak berapa rela nak membayar bil bulanannya. 

Bermula pukul 9, saya tonton Maharaja Lawak Mega Terbaik yang mengisahkan perjalanan kumpulan Saehu. Agak bosan saya tukar ke pertandingan badminton terbuka Malaysia. Datuk Lee Chong Wei menentang wakil Indonesia Taufik Hidayat. Saya tumpang gembira kerana Datuk menang bergaya mengalahkan Taufik dengan straight set untuk melangkah ke separuh akhir.

Selepas itu, saya tukar pula pada siaran Astro Arena. Ada perlawanan bola sepak Piala Super diantara Kelantan dan Selangor PKNS. Memandangkan bola sepak mengambil masa yang agak lama untuk ditonton, terus saya fokus pada siaran yang memang saya nantikan iaitu tirai Gelanggang Raja Lawak musim ke 6 di Astro Warna.

Gelanggang dibuka dengan kehadiran AC Mizal (Kini Datuk) baru di susuli dengan Jozan.. Kemudian barisan juri diperkenalkan, sama seperti barisan juri Raja Lawak musim sebelumnya kecuali Sheila Rusly yang menggantikan Afdlin Shauki. 3 orang chief kecik pula diperkenalkan bersama peserta musim ini dan chief besar iaitu Ahmad Idham pula muncul mengakhiri gimik pembukaan. Gimik yang menarik dan kelakar.
Setelah beberapa peserta membuat persembahan baru saya perasan sesuatu. Saya lihat dan dengar sorakan penonton di tempat gelanggang berlangsung agak hambar dan sepi seolah seperti menonton pertandingan melukis (pinjam kata Zizan). Bagi saya, memang patut pun suasana sepi, sebab persembahan peserta pun biasa sahaja malah ada yang tak kelakar langsung.
Rata-rata peserta kali ini adalah peserta berkumpulan melainkan Kodan yang bergerak secara solo. Boleh tahan juga persembahan beliau dan saya kesian pada persembahan beberapa kumpulan yang tidak dapat buat penonton ketawa. Kelihatan lawak dibuat secara paksa dan nampak bodoh pula. Nasib baik ada Jozan.
Saya faham mereka adalah pelawak amatur yang cuba keluar daripada kehidupan melawak biasa untuk menuju ke dunia lawak profesional selain sebagai tapak untuk menceburi bidang seni. Cuma saya rasa ada peserta yang langsung tidak layak untuk Raja Lawak. Saya komen ini pun sebab saya bayar bil setiap bulan. Bukan percuma...hehehe.
Sambil itu, saya alih kembali pada perlawanan diantara Kelantan dan Selangor PKNS. Keputusan seri 1-1 yang diperolehi amat bermakna buat Selangor PKNS apabila beraksi tanpa pemain import dan lebih-lebih lagi sebagai pelawat. Kelantan tidak mempamerkan aksi terbaiknya dan mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri untuk memperolehi 3 mata penuh.
Tamat permainan saya terus ke Gelanggang Raja Lawak pula. Saya agak kecewa sebenarnya apabila memikirkan apa yang telah terjadi. Saya rasa pengorbanan saya tidak berbaloi. Saya bertambah kecewa apabila saya lihat rancangan yang saya lihat tadi telah bertukar dan jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Saya tak sempat tengok keputusan Raja Lawak dan saya pujuk dalam hati, esok pasti ada ulangannya.


No comments:

Post a Comment