Sudah lama saya tidak berfutsal hingga terlupa bila kali terakhir bermain. Jika cuba diingat kembali hampir 3 bulan juga tidak berlari dan menendang bola. Lama juga berehat sempena ramadhan dan syawal lepas sehinggalah malam tadi diajak berfutsal jam 8 malam. Sebenarnya minggu lepas lagi sudah diajak tetapi anak pula tidak sihat terpaksalah ditolak.
Malam tadi, lewat juga tiba digelanggang hampir 15 minit. Bertolak dari rumah pun sudah lambat gara-gara menunggu rakan untuk pergi bersama. Kemudian ditambah pula kesesakan lalulintas di Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves. Sampai sahaja, permainan sudah bermula dan terpaksa menunggu diluar gelanggang sementara pemain yang sudah tak berdaya (pancit awal) keluar membuat pertukaran.
Tak lama menunggu seorang rakan keluar. Dengan perasaan rendah hati saya menuju ke gelanggang kerana sedar kemampuan diri (dah lama berehat). Kemudian, bola menuju ke arah saya dan permainan pun bermula kembali. Hampir 20 minit saya di gelanggang dan segala macam perasaan ketika itu saya pun mengambil keputusan untuk keluar gelanggang dan membuat pertukaran (tak larat).
Kelakar juga rasa bila berehat di luar gelanggang. Kepala pening dan badan berat rasa penuh angin. Belum pernah lagi rasa begini ketika dan selepas bermain. Sebelum ini (zaman muda), dengan selamba bermain diulit perasaan ‘perasan hebat’ dan puas bermain (banyak jaringkan gol tak termasuk gol sendiri). Rupanya zaman dahulu dan sekarang memang banyak berbez. Kesimpulan dibuat, usia muda tetapi fizikal sudah tua. Tak daya bermain sejam tanpa henti seperti zaman kegemilangan.
No comments:
Post a Comment