Malam tadi telah berlangsung konsert pertama Vokal – Bukan Sekadar Rupa (VBSR). Seramai 5 orang peserta bertanding dan 4 orang telah berjaya memikat hati para juri untuk ke peringkat seterusnya manakala seorang lagi terkandas di tengah jalan. Kesian juga kepada yang terkandas, mungkin boleh cuba lagi tahun hadapan.
Mereka yang telah berjaya ini telah menunjukkan bakat nyanyian mereka dahulu tanpa mendedahkan wajah dan fizikal mereka sambil para juri mendengar (azmeer dan erra mendengar menggunakan headphone manakala datuk siti pula mendengar bersahaja tanpa headphone) sebelum membuat keputusan untuk sesi pemilihan.
Ada orang kata (saya iya kan sahaja), rancangan realiti terbaru terbitan TV3 ini meniru rancangan luar The Voice tapi dinafikan oleh stesen tv tersebut. Dijelaskan bahawa idea untuk mewujudkan VBSR timbul sebelum The Voice wujud lagi. Lagipun, bukan satu atau dua program realiti tv di Malaysia ini yang nampak jelas meniru program luar. Cuma diubah sedikit untuk kelihatan berbeza agar tidak nampak persamaannya tapi hakikatnya idea asalnya sama. Apa-apa sajalah.
Walau bagaimana pun, program ini memberi peluang kedua kepada mereka di luar sana yang minat menyanyi, suara sedap tapi tiada rupa paras menarik. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah mencuba ujibakat program realiti nyanyian yang pernah wujud tapi ditolak mentah-mentah oleh juri kerana rupa atau fizikal. Alasan juri senang sahaja, untuk menjadi seorang penyanyi mesti mempunyai pakej yang lengkap untuk terjun ke industri. Senangkan!
No comments:
Post a Comment