Melodi ahad 17 Oktober 2011 seperti biasa bersiaran dengan cerita sedih, hangat, panas dan sensasi dunia hiburan. Pelbagai segmen dipaparkan tetapi saya tertarik dengan komen Fida mengenai kisah kontroversinya yang belum lagi reda. Gambar yang menampakkan rambutnya ketika sedang bercuti di negara orang telah dimuat naik ke internet oleh kekasihnya yang dungu ketika masih lagi bersama (kini menjadi bekas dan bersepah) menjadi punca kontroversi melanda.
Saya kasihan pada keduanya baik fida mahupun mamat. Hubungan baru nak bermula tapi terputus di tengah highway. Tetapi yang amat menyedihkan hati saya apabila mamat memberi komen mengenai tindakannya memuat naik gambar fida suatu masa dahulu dan saya tidak mahu taip kembali komennya. Cari sahaja di laman sesawang, pasti ada dan melambak!
Jawapan yang diberi menyerlahkan tahap kecerdikan mamat yang sungguh luar biasa. Memang mamat pernah menangis (kalau tidak menangis pun mungkin boleh dikatakan bersedih kerana saya hampir lupa) ketika menjulang trofi Raja Lawak musim ke-3 sebab tidak dapat menghadiahkan ijazah kepada ibunya tetapi usahlah berlawak ketika menjawab soalan wartawan. Jawapannya sedikit pun tidak kelakar.
Kembali kepada komen Fida di Melodi, beliau telah memaafkan tindakan Mamat dan kini beliau akan lebih berhati-hati ketika memilih kawan. Tiada lagi cinta antara mereka kerana Fida telah berusaha mencintai Mamat selepas kejadian itu namun tidak berupaya dan jalan terakhir adalah berpisah. Beliau juga sedih apabila ada peminat yang mencaci maki beliau di laman sesawang tanpa mempedulikan perasaan beliau.
Ada ketika Fida menangis ketika menjawab soalan wartawan dan tangisannya menunjukkan kesal yang amat sangat. Imej suci murni yang dibawanya juga telah tercalar balar seperti tercalarnya bumper belakang kereta saya kerana apabila saya undur kereta tanpa sedar terlanggar tembok. Ini padahnya apabila tersilap agak kerana reverse sensor tiada. Apa nak buat, dah nasib berkereta kecil.
Nasihat saya pada Fida (jika beliau membaca blog ini..hehehe), lihatlah dulu diri awak sebelum awak menghukum atau menyalahkan orang lain. Jika hendak bertudung, niatlah kerana Tuhan bukan kerana sesiapa atau kerana tujuan lain. Bertudunglah seperti yang dianjurkan oleh agama bukan seperti tutup kepala yang awak pakai sehingga menampakkan sideburn (wanita ada sideburn juga kan) ketika di negara orang atau di negara sendiri. Jagalah aurat dan tingkah laku awak sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan fitnah kepada peminat atau sesiapa sahaja yang menyokong kerjaya awak.
No comments:
Post a Comment