Tuesday, 25 October 2011

Piala Malaysia 2011 - Separuh Akhir Ke 2

Keputusan penuh perlawanan separuh akhir ke 2 Piala Malaysia tahun 2011 di Stadium Paroi nyata menggembirakan ribuan penyokong Negeri Sembilan yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Seperti diduga pasukan Negeri Sembilan berjaya melangkah ke pusingan akhir dengan bergaya apabila menewaskan pasukan T-Team dengan 2 gol berbalas 1 menjadikan aggregat 6-3.
Kelebihan bermain di tempat sendiri dimanfaatkan sepenuhnya oleh tuan rumah apabila 2 gol yang dijelmakan oleh Shahurain dan Shukor telah menyentap semangat pasukan T-Team. Walaupun T-Team memperolehi 1 gol menerusi Fitri, ia belum cukup untuk mencabar kedudukan pasukan Negeri Sembilan yang membawa bekalan selesa 4 gol di Kuala Terengganu tempoh hari.
Satu lagi perlawanan separuh akhir ke 2 yang melibatkan pasukan Terengganu dan Selangor menyaksikan Terengganu menang di laman sendiri dengan keputusan 2-1. Gol-gol jaringan manaf dan ashaari meletakkan Terengganu dalam kedudukan selesa sebelum Selangor memperolehi gol saguhati menerusi tandukan Safiq Rahim.
Terengganu layak ke peringkat akhir apabila menewaskan Selangor dengan aggregat 4-1. Misi 33 Selangor berakhir di Kuala Terengganu dengan disaksikan oleh ribuan penyokong pasukan Skuad Penyu yang membanjiri stadium. Sorakan kegembiraan mengiringi pasukan Terengganu untuk memburu Piala Malaysia tahun ini.
Terengganu akan bertemu pasukan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam dalam perlawanan akhir pada 29 Oktober ini. Kedua-dua pasukan pasti akan memberikan persembahan terbaik untuk menjulang Piala Malaysia seterusnya membawa pulang piala yang paling berprestij dalam liga kebangsaan. Pasukan mana yang akan menang sama-sama kita saksikan pada Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment