Berita gembira buat rakyat dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan beban bagi mereka yang berpendapatan RM 3,000.00 ke bawah. Bantuan RM 500.00 yang diperuntukkan oleh Kerajaan diberi sekali sahaja ini akan mula diagihkan pada Januari 2012.
Pendaftaran akan bermula pada Disember 2011 dan borang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Agak lucu apabila terkenangkan ada orang yang terus ke LHDN pada hari isnin selepas PM membentangkan Bajet 2012 pada hari jumaat. Sungguh pantas dan cergas tindakan beliau..hehehe.
Mungkin jumlah RM 500.00 yang diumumkan, kecil bagi sesetengah orang tetapi besar nilainya bagi mereka yang benar-benar layak dan memerlukan. Bersyukurlah dengan apa yang diberi. Sekurang-kurangnya kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.
No comments:
Post a Comment