Awal pagi tadi berlangsung 8 lagi perlawanan yang melibatkan 16 pasukan terbaik dari Eropah di peringkat kumpulan untuk merebut tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah.
Keputusan penuh adalah seperti berikut :
1. Chelsea 5 vs Racing Genk 0
2. Bayer Leverkusen 2 vs Valencia 1
3. AC Milan 2 vs BATE Borisov 0
4. Barcelona 2 vs Viktoria Plzen 0
5. Shakhtar Donetsk 2 vs Zenit St Petersburg 2
6. Olympiakos Piraeus 3 vs Borussia Dortmund 1
7. Olympique Marseille 0 vs Arsenal 1
Chelsea 5 vs Racing Genk 0
Chelsea berpesta gol di Stamford Bridge menewaskan kelab daripada Belgium, Racing Gen K. Chelsea memperolehi gol awal menerusi Raul Meireless pada minit ke 8 sebelum menggandakan jaringan dengan 2 gol daripada Fernando Torres pada minit ke 11 dan 27. Sebelum rehat, Chelsea menambah jaringan menerusi Branislav Ivanovic pada minit ke 41. Hanya 1 gol dapat disaksikan pada separuh masa kedua menerusi pemain gantian, Salomon Kalou pada minit ke 71.
Bayer Leverkusen 2 vs Valencia 1
Jonas menjaringkan gol pembukaan Valencia pada minit ke 23 sebelum Bayer Leverkusen bangkit pada separuh masa kedua dan memperolehi gol penyamaan pada minit ke 51 menerusi Andre Schurrle. Tidak lama selepas itu jaringan Sidney Sam pada minit ke 56 mengesahkan kemenangan Bayer Leverkusen untuk menduduki tempat kedua di belakang Chelsea dengan 6 mata di dalam kumpulan E.
AC Milan 2 vs BATE Borisov 0
Satu gol dalam setiap babak memastikan kemenangan berpihak kepada AC Milan. Bekas penyerang Inter Milan dan Barcelona, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol pertama pada minit 32 dan Kevin-Prince Boateng menambah deraita BATE Borisov dengan menyumbat satu lagi gol pada minit ke 70 untuk memimpin kumpulan H.
Barcelona 2 vs Viktoria Plzen 0
2 lagi pasukan daripada Kumpulan H iaitu Barcelona dan Viktoria Plzen bertemu di Nou Camp. Tenyata kemenangan berpihak kepada tuan rumah dengan 2 jaringan berbalas kosong. Kehebatan juara edisi tahun lalu masih belum dapat ditandingi apabila meneruskan rentak cemerlang hasil jaringan arkitek Barca, Andres Iniesta dan penyerang prolifik mereka, David Villa.
Shakhtar Donetsk 2 vs Zenit St Petersburg 2
Keputusan seri masih belum cukup untuk memastikan kedudukan Shakhtar Donetsk selesa dengan menghuni tangga tercorot Kumpulan G. Walaupun mendahului pada babak pertama dengan 2-1, ternyata kelebihan 1 gol itu tidak berkekalan sehingga tamat perlawanan apabila Viktor Faizulin menyamakan kedudukan pada minit ke 59 buat Zenit St Petersburg membawa pulang 1 mata.
Olympiakos Piraeus 3 vs Borussia Dortmund 1
Olympiakos Piraeus naik satu anak tangga untuk menjadi pasukan ketiga terbaik dalam Kumpulan F. 3 jaringan masing-masing daripada Jose Holebas, Rafik Djebbour dan Francois Modesto memberi kemenangan bermakna buat pasukannya. Gol saguhati Borussia Dortmund pula diperolehi menerusi Robert Lewandowski.
Olympique Marseille 0 vs Arsenal 1
Jaringan tunggal Aaron Ramsey pada masa kecederaan sudah cukup untuk memberi 3 mata berharga buat menceriakan penyokong setia The Gunners. Pastinya Arsene Wenger adalah orang yang paling gembira di sebalik kemenangan itu. Kini Arsenal gah memimpin carta dengan 7 mata mengatasi Olympique Marseille yang turun ke tangga kedua dipisahkan dengan 1 mata sahaja.
Porto 1 vs APOEL Nicosia 1
Walaupun Porto mendahului dengan satu gol jaringan Hulk minit ke 12, ia masih belum cukup untuk memastikan kemenangan milik mereka. Tidak lama kemudian, jaringan Ailton Almeida pada minit ke 19 memadamkan kelebihan buat porto. Tiada pertambahan gol dapat disaksikan pada separuh masa kedua dan kedua-dua pasukan pulang dengan 1 mata.
No comments:
Post a Comment