Bahang Final Piala Malaysia kian terasa. Stadium Shah Alam menanti kunjungan 2 pasukan terbaik negara dalam pertembungan menentukan juara sebenar. Esok malam (Sabtu) menjadi penentuan buat pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berentap untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjulang Piala Malaysia.
Pagi ini di Hot FM menjadi lebih hangat apabila topik mengenai Piala Malaysia dibincangkan. Usop Wilcha menyokong pasukan Terengganu manakala FBI pastinya memilih pasukan Negeri Sembilan. Selain lagu “Hoben Jang Hoben” dan “Peteh Ganu Peteh” diputarkan di radio, panggilan daripada penyokong negeri masin-masing menceriakan suasana pagi.
Sebagai peminat bola sepak, saya sendiri berdebar menantikan perlawanan akhir esok malam. Pasukan mana yang mempamerkan persembahan terbaik berhak membawa pulang Piala Malaysia. Saya mengimpikan satu perlawanan yang berakhir 90 minit, fair play dan jaringan gol yang banyak.
Saya sendiri lewat mengikuti perkembangan saingan Piala Malaysia dan hanya mengikutinya ketika saingan masuk ke pusingan suku akhir. Walau bagaimana pun, saya memilih pasukan Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia tahun ini. Usah di tanya kenapa kerana saya sendiri hanya mengikut kata hati dan melihat pasukan Terengganu lebih mantap dalam setiap posisi.
No comments:
Post a Comment