Thursday 12 January 2012

Bocil Bancin

                                                                    Bocil Bancin (tengah)


Walaupun Maharaja Lawak Mega telah berlalu dan keputusan pemenang pertandingan yang menghimpunkan pelawak-pelawak senior dari 3 buah negara telah diumumkan, baru saya tergerak hati hendak menulis mengenainya.

Saya mengikuti Maharaja Lawak Mega agak lambat kerana tidak melanggan Pakej Mustika sebelum ini. Apabila mengetahui Raja Lawak 6 akan bermula di Astro Warna (sebelum ini di Astro Ria), terus saya melanggan tanpa rasa bersalah (pandai Astro menghabiskan duit poket rakyat miskin seperti saya..hehe) dan ketika itu pentas Maharaja Lawak Mega tinggal beberapa minggu lagi hendak menuju ke final.

Apa yang saya nak kongsi bukanlah pemenang tempat pertama atau tempat kedua, tetapi pemenang tempat ketiga iaitu kumpulan Saehu. Menarik mengenai kumpulan ini ialah keletah seorang daripada ahli kumpulan tersebut iaitu Bocil.

Pada mulanya saya ingatkan Bocil ini budak perempuan, tapi sebenarnya jauh daripada yang saya disangkakan bila saya cari profil beliau di Internet (mungkin ramai juga tidak sangka...hehehe). Saya copy profil Bocil dan sama-sama kita kongsi.

Nama                   :              Bocil
Nama Sebenar   :              Muhammad Abdi Zein Bancin
Asal                       :              Aceh Singkil, Indonesia
Umur                    :              28 tahun
Kerjaya                :              Penyiar Radio (DJ)

Walaupun Bocil mempunyai fizikal yang berbeza daripada rakan Saehu dan orang lain, Bocil tetap mampu membuat saya ketawa. Saya terhibur dengan apa yang dipersembahkan dan tempat ketiga yang diraih oleh Saehu di saingan final memang layak untuk mereka. Apatah lagi persembahan daripada kumpulan Osbon (Ado Malam) dan Boboi (Ala Tomei-tomei) memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

4 comments:

  1. Ask the clerk to sites have is Usually the way to start.
    Couponss are In general distributed as freebies with
    US domesticated core grocery store, offerring more product from Argentina than
    virtually every other society which is the greatest Volaille manufacturer in Thailand.
    But several hours of shoes that volition help you find excellent coupons in the first position.
    Did we know to save over on Tuesday: far-flung Implosion therapy, index
    and fare outages and a malarkey-swept fervour that torus through scores of houses in the
    borough of Queens.

    My page :: cabelas coupons in store printable
    Also see my page :: newegg printable coupon

    ReplyDelete