Tuesday 10 January 2012

Selangor vs Negeri Sembilan

Saya lahir di salah sebuah daerah di Selangor. Secara automatiknya saya kena sokong pasukan negeri kelahiran saya. Sebagai contoh apabila ada perlawanan bola sepak di antara Selangor menentang Negeri Sembilan, saya kena sokong pasukan negeri kelahiran saya sendiri iaitu Selangor.
Tetapi ada juga kes tertentu yang tidak boleh dikira sebagai automatik. Saya ambil contoh sekali lagi untuk kes yang paling dekat dengan diri saya. Seorang rakan saya di kampung, tidak lahir di Liverpool tetapi adalah penyokong tegar pasukan itu. Tapi beliau boleh juga duduk semeja dengan penyokong- penyokong MU (contoh sahaja,tiada kena mengena dengan realiti..hehe).
Malam tadi berlangsungnya perlawanan pembukaan Piala Super yang melibatkan beberapa pasukan negeri dan kelab termasuk Selangor menentang Negeri Sembilan di Paroi. Perlawanan yang saya nantikan berakhir dengan kekecewaan bukan kerana keputusan seri yang diperolehi, tetapi kerana saya terlepas menonton perlawanan tersebut (tunggu punya tunggu sekali tertidur pulak...). Saya hanya sedar pada jam 12, itu pun kerana tangisan anak.  
Saya hanya ingin saksikan persembahan pasukan Selangor di bawah kendalian jurulatih baru. Hanya pagi ini baru saya dapat tahu keputusan perlawanan malam tadi melalui siaran radio Hotfm. Bagi saya keputusan seri sudah memadai dan satu mata yang dipungut amat berharga apatah lagi bermain di tempat lawan.

No comments:

Post a Comment