Monday 9 January 2012

Final Masterchef Malaysia


Ahad lepas, saya menonton siaran final Masterchef Malaysia. Tinggal 2 orang peserta sahaja iaitu Ezani dan Wahidan. Mereka berentap untuk gelaran Chef terunggul Malaysia yang pertama dan ganjaran berupa wang berjumlah RM 100,000.00 serta peluang menerbitkan buku masakan.
Sebelum Ezani diumumkan sebagai pemenang, saya sendiri sudah jangka beliau adalah pemenangnya. Walaupun saya tidak merasa masakannya dan hanya menonton dirumah, potensi beliau memang tidak boleh dinafikan berdasarkan episod cabaran yang lepas. Saya lihat beliau punya bakat memasak dan memang layak untuk menang. Bukan kerana wajah beliau punya iras isteri saya (hehehe..nak jugak).
Saya juga lihat Wahidan memberi saingan yang sengit dalam saingan final tersebut namun nasib tidak menyebelahinya. Wahidan kini boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya sendiri, beliau kini semakin dikenali ramai daripada seorang pekebun sehingga menjadi naib juara Masterchef Malaysia.
Malam siaran final Masterchef Malaysia juga mencatat rekod tersendiri buat diri saya.  Entah kenapa sebelum siaran saya suruh isteri saya masak nasi. Apabila ditanya saya jawab nak buat nasi  goreng. Kemudian, saya selongkar dapur untuk cari bahan menggoreng. Saya hampa kerana saya hanya jumpa pes tom yam, beberapa cili padi dan daun limau yang hampir kering. Terus saya tak jadi menggoreng nasi, hanya tomyam kosong dan telur dadar hasilnya.
Memang saya tak layak untuk saingan Masterchef Malaysia yang kedua.

1 comment:

  1. al-kisahnya...nk masuk Masterchef Malaysia yg kedua ek...xpe2x weekend ni cuti pjg kan...kite g cri brg operate dapur ekk...hehe

    ReplyDelete