Sunday 8 January 2012

Final Terbuka Korea

Semalam saya menonton saingan akhir badminton perseorangan Terbuka Korea diantara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan. Saya memang menantikan perlawanan akhir tersebut hanya kerana ingin tahu kemampuan Datuk untuk tewaskan Lin Dan.
Secara kebetulan pula apabila siaran astro arena 801 dibuka, perlawanan tersebut baru bermula. Saya sengaja alih siaran ke RTM tapi malangnya tiada siaran langsung. Mujur saya melanggan astro, tak sia-sia saya bayar RM 40.23 setiap bulan (hehehe..). Astro best sangat.....(gaya Afdlin).
Set pertama Datuk tewas. Agak jauh juga perbezaan mata. Saya jangka Datuk akan tewas mudah dalam game seterusnya (jahat betul saya, game belum habis saya sudah buat kesimpulan). Jangkaan tipikal penyokong Malaysia dalam apa jua sukan termasuk saya...hehehe.
Sambil buai anak (waktu itu anak saya tak mahu tidur sangat pun), saya tengok Datuk menang dalam set kedua. Dalam hati, saya jangka ada harapan Datuk menang dalam set ketiga. Tak sia-sia juga penyokong Malaysia yang berada dalam dewan beria bersorak beri semangat kepada datuk.
Set ketiga agak sengit. Kedua-dua pemain berkongsi mata pada kedudukan 10-10. Kemudian, saya lihat Datuk mula bermain dengan baik dan perlahan-lahan mengutip mata serta menjarakkan mata dengan Lin Dan. Banyak juga Lin Dan buat silap.
Dengan kesilapan teknikal di saat akhir dan melihatkan wajah putus asa Lin Dan akibat ketinggalan mata yang agak jauh, Datuk menang. Secara tidak sengaja saya gembira dan hampir menjerit tetapi mengenangkan anak saya yang baru tidur, saya senyapkan sahaja.
Saya suka apabila melihat pemain atau pasukan negara menang dalam mana-mana sukan. Letih juga menyokong apabila asyik tewas sahaja. Mungkin harapan Datuk untuk meraih pingat emas Olimpik 2012 kembali menyala bersama harapan peminat sukan seluruh negara yang laparkan kemenangan (walaupun ada penyokong yang makan jajan sambil menonton).

No comments:

Post a Comment