Sunday 16 October 2011

Tiada Lagi Cinta – Fida

Melodi ahad 17 Oktober 2011 seperti biasa bersiaran dengan cerita sedih, hangat, panas dan sensasi dunia hiburan. Pelbagai segmen dipaparkan tetapi saya tertarik dengan komen Fida mengenai kisah kontroversinya yang belum lagi reda. Gambar yang menampakkan rambutnya ketika sedang bercuti di negara orang telah dimuat naik ke internet oleh kekasihnya yang dungu ketika masih lagi bersama (kini menjadi bekas dan bersepah) menjadi punca kontroversi melanda.

Vokal : Bukan Sekadar Rupa

Malam tadi telah berlangsung konsert pertama Vokal – Bukan Sekadar Rupa (VBSR). Seramai 5 orang peserta bertanding dan 4 orang telah berjaya memikat hati para juri untuk ke peringkat seterusnya manakala seorang lagi terkandas di tengah jalan. Kesian juga kepada yang terkandas, mungkin boleh cuba lagi tahun hadapan.