Thursday 27 October 2011

Khutbah Jumaat : 28 Oktober 2011

"ETIKA PERNIAGAAN DALAM ISLAM"

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Khutbah hari ini akan membincangkan Etika Perniagaan Dalam Islam. Perniagaan adalah merupakan suatu aktiviti ataupun kerjaya yang amat dimuliakan oleh Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan bukan sahaja sebagai sunnah Rasulullah s.a.w, bahkan menjanjikan kepada umatnya hasil keuntungan dengan syarat perniagaan itu mesti disulami dengan usaha yang bersungguh-sungguh berlandaskan asas-asas muamalat Islam. Suatu ketika Nabi s.a.w. pernah ditanya berkenaan sesuatu pekerjaan yang paling mulia, lantas Baginda s.a.w bersabda;

"(Pekerjaan tersebut adalah) Jual beli yang mabrur (diredhai) dan pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan usahanya sendiri".

                                                                   (Riwayat Al-Bazzar dan Ahmad)

Piala Malaysia : Bahang Final


Bahang Final Piala Malaysia kian terasa. Stadium Shah Alam menanti kunjungan 2 pasukan terbaik negara dalam pertembungan menentukan juara sebenar. Esok malam (Sabtu) menjadi penentuan buat pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berentap untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjulang Piala Malaysia.