Friday 13 January 2012

Jumaat Malam Sabtu

Malam tadi banyak rancangan menarik untuk ditonton sehinggakan saya tidak begitu fokus pada satu-satu siaran. Sekejap-sekejap tukar siaran. Semenjak saya dah langgan pakej Mustika, malam saya asyik padat sahaja. Kalau rancangan tv percuma tidak seronok, tukar sahaja ke Astro. Ada sahaja rancangan yang diulang-ulang entah berapa kali sehingga hati ini tak berapa rela nak membayar bil bulanannya. 

Raja Lawak 6


Selepas berakhirnya Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak musim ke 6 pula menyusul. Malam ini akan berlangsungnya gelanggang pertama dan saya sudah tidak sabar lagi nak saksikan peserta musim ini beraksi. Sudah dua malam saya saksikan Alkisah Raja Lawak. Peserta musim ini kelihatan ada yang kelakar, yang control macho dan nampak tak kelakar pun ada (pandai-pandai saya je..hehe).
Apa yang saya nak tengok sebenarnya lawak Jozan. Nasib baiklah pengacaranya tetap sama dan tidak ditukar oleh penerbit. Sekurang-kurangnya tidaklah rindu sangat  saya pada Ah Cai dan Mael Lambung (dengarnya kini sudah ada filem).

Thursday 12 January 2012

Bocil Bancin

                                                                    Bocil Bancin (tengah)


Walaupun Maharaja Lawak Mega telah berlalu dan keputusan pemenang pertandingan yang menghimpunkan pelawak-pelawak senior dari 3 buah negara telah diumumkan, baru saya tergerak hati hendak menulis mengenainya.

Tuesday 10 January 2012

Selangor vs Negeri Sembilan

Saya lahir di salah sebuah daerah di Selangor. Secara automatiknya saya kena sokong pasukan negeri kelahiran saya. Sebagai contoh apabila ada perlawanan bola sepak di antara Selangor menentang Negeri Sembilan, saya kena sokong pasukan negeri kelahiran saya sendiri iaitu Selangor.

Pengawal keselamatan

                                                                 Gambar sekadar hiasan

Kejadian pagi ini agak lucu bagi saya. Sewaktu saya melintasi pondok pengawal, saya terdengar suara orang menyapa, “Selamat pagi bang”. Saya fikir ucapan itu untuk saya.
Saya menoleh ke arah suara dan melihat seorang pengawal keselamatan berketurunan india sedang membuat tabik hormat. Setelah diamati dengan teliti (takut spek saya kabur), rupanya pengawal keselamatan yang baru bertugas tidak sampai 2 minggu itu menyapa orang lain.
Mujur saya tidak menyapanya kembali. Cuma saya tersenyum sendiri. Perasan betul!

Monday 9 January 2012

Final Masterchef Malaysia


Ahad lepas, saya menonton siaran final Masterchef Malaysia. Tinggal 2 orang peserta sahaja iaitu Ezani dan Wahidan. Mereka berentap untuk gelaran Chef terunggul Malaysia yang pertama dan ganjaran berupa wang berjumlah RM 100,000.00 serta peluang menerbitkan buku masakan.

Sunday 8 January 2012

Final Terbuka Korea

Semalam saya menonton saingan akhir badminton perseorangan Terbuka Korea diantara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan. Saya memang menantikan perlawanan akhir tersebut hanya kerana ingin tahu kemampuan Datuk untuk tewaskan Lin Dan.
Secara kebetulan pula apabila siaran astro arena 801 dibuka, perlawanan tersebut baru bermula. Saya sengaja alih siaran ke RTM tapi malangnya tiada siaran langsung. Mujur saya melanggan astro, tak sia-sia saya bayar RM 40.23 setiap bulan (hehehe..). Astro best sangat.....(gaya Afdlin).