Thursday 20 October 2011

Bantuan Sara Hidup RM 500.00 - Bajet 2012


Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos. Belanjawan 2012

Berita gembira buat rakyat dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan beban bagi mereka yang berpendapatan RM 3,000.00 ke bawah. Bantuan RM 500.00 yang diperuntukkan oleh Kerajaan diberi sekali sahaja ini akan mula diagihkan pada Januari 2012.

Bola Sepak - Undian Sukan SEA 2011

Undian untuk sukan bola sepak sempena Sukan SEA di Jakarta, Indonesia telah pun dilakukan. Ternyata undian tersebut dilihat sebagai tidak bernasib baik apabila pasukan Harimau Muda diundi bersama Thailand, Singapura, Indonesia dan Kemboja di dalam Kumpulan A yang turut digelar ‘Kumpulan Maut’.

Keputusan Liga Juara-juara Eropah.

Awal pagi tadi berlangsung 8 lagi perlawanan yang melibatkan 16 pasukan terbaik dari Eropah di peringkat kumpulan untuk merebut tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah.

Keputusan penuh adalah seperti berikut :

1.      Chelsea 5 vs Racing Genk 0
2.      Bayer Leverkusen 2 vs Valencia 1
3.      AC Milan 2 vs BATE Borisov 0
4.      Barcelona 2 vs Viktoria Plzen 0
5.      Shakhtar Donetsk 2 vs Zenit St Petersburg 2
6.      Olympiakos Piraeus 3 vs Borussia Dortmund 1
7.      Olympique Marseille 0 vs Arsenal 1
8.      Porto 1 vs APOEL Nicosia 1