Friday 13 January 2012

Jumaat Malam Sabtu

Malam tadi banyak rancangan menarik untuk ditonton sehinggakan saya tidak begitu fokus pada satu-satu siaran. Sekejap-sekejap tukar siaran. Semenjak saya dah langgan pakej Mustika, malam saya asyik padat sahaja. Kalau rancangan tv percuma tidak seronok, tukar sahaja ke Astro. Ada sahaja rancangan yang diulang-ulang entah berapa kali sehingga hati ini tak berapa rela nak membayar bil bulanannya. 

Raja Lawak 6


Selepas berakhirnya Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak musim ke 6 pula menyusul. Malam ini akan berlangsungnya gelanggang pertama dan saya sudah tidak sabar lagi nak saksikan peserta musim ini beraksi. Sudah dua malam saya saksikan Alkisah Raja Lawak. Peserta musim ini kelihatan ada yang kelakar, yang control macho dan nampak tak kelakar pun ada (pandai-pandai saya je..hehe).
Apa yang saya nak tengok sebenarnya lawak Jozan. Nasib baiklah pengacaranya tetap sama dan tidak ditukar oleh penerbit. Sekurang-kurangnya tidaklah rindu sangat  saya pada Ah Cai dan Mael Lambung (dengarnya kini sudah ada filem).