Thursday 27 October 2011

Khutbah Jumaat : 28 Oktober 2011

"ETIKA PERNIAGAAN DALAM ISLAM"

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Khutbah hari ini akan membincangkan Etika Perniagaan Dalam Islam. Perniagaan adalah merupakan suatu aktiviti ataupun kerjaya yang amat dimuliakan oleh Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan bukan sahaja sebagai sunnah Rasulullah s.a.w, bahkan menjanjikan kepada umatnya hasil keuntungan dengan syarat perniagaan itu mesti disulami dengan usaha yang bersungguh-sungguh berlandaskan asas-asas muamalat Islam. Suatu ketika Nabi s.a.w. pernah ditanya berkenaan sesuatu pekerjaan yang paling mulia, lantas Baginda s.a.w bersabda;

"(Pekerjaan tersebut adalah) Jual beli yang mabrur (diredhai) dan pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan usahanya sendiri".

                                                                   (Riwayat Al-Bazzar dan Ahmad)

Piala Malaysia : Bahang Final


Bahang Final Piala Malaysia kian terasa. Stadium Shah Alam menanti kunjungan 2 pasukan terbaik negara dalam pertembungan menentukan juara sebenar. Esok malam (Sabtu) menjadi penentuan buat pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berentap untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjulang Piala Malaysia.

Wednesday 26 October 2011

Piala Carling : Wolves 2 vs Man. City 5


Manchester City mengganas lagi apabila kali ini Wolves pula menjadi mangsa dengan jaringan besar 5-2 di Stadium Molineux. Walaupun tidak menurunkan pemain kesebelasan utama seperti ketika membenam Manchester United dalam perebutan takhta liga, Man. City masih boleh meneruskan rentak kemenangan mereka dalam merebut Piala Carling pula.

BPL : Manchester United 1 vs Manchester City 6

Keputusan penuh perlawanan di antara Manchester United menentang Manchester City tempoh hari amat mengejutkan banyak pihak terutama penyokong setia The Red Devils.  Masakan tidak, Manchester United dibelasah teruk oleh musuh sejiran Manchester City 6-1 di laman sendiri. Satu keputusan yang paling tidak dijangka oleh peminat sukan bola sepak di seluruh dunia termasuk saya..hehehe.

Tuesday 25 October 2011

Piala Malaysia 2011 - Separuh Akhir Ke 2

Keputusan penuh perlawanan separuh akhir ke 2 Piala Malaysia tahun 2011 di Stadium Paroi nyata menggembirakan ribuan penyokong Negeri Sembilan yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Seperti diduga pasukan Negeri Sembilan berjaya melangkah ke pusingan akhir dengan bergaya apabila menewaskan pasukan T-Team dengan 2 gol berbalas 1 menjadikan aggregat 6-3.

Thursday 20 October 2011

Bantuan Sara Hidup RM 500.00 - Bajet 2012


Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos. Belanjawan 2012

Berita gembira buat rakyat dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan beban bagi mereka yang berpendapatan RM 3,000.00 ke bawah. Bantuan RM 500.00 yang diperuntukkan oleh Kerajaan diberi sekali sahaja ini akan mula diagihkan pada Januari 2012.

Bola Sepak - Undian Sukan SEA 2011

Undian untuk sukan bola sepak sempena Sukan SEA di Jakarta, Indonesia telah pun dilakukan. Ternyata undian tersebut dilihat sebagai tidak bernasib baik apabila pasukan Harimau Muda diundi bersama Thailand, Singapura, Indonesia dan Kemboja di dalam Kumpulan A yang turut digelar ‘Kumpulan Maut’.

Keputusan Liga Juara-juara Eropah.

Awal pagi tadi berlangsung 8 lagi perlawanan yang melibatkan 16 pasukan terbaik dari Eropah di peringkat kumpulan untuk merebut tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah.

Keputusan penuh adalah seperti berikut :

1.      Chelsea 5 vs Racing Genk 0
2.      Bayer Leverkusen 2 vs Valencia 1
3.      AC Milan 2 vs BATE Borisov 0
4.      Barcelona 2 vs Viktoria Plzen 0
5.      Shakhtar Donetsk 2 vs Zenit St Petersburg 2
6.      Olympiakos Piraeus 3 vs Borussia Dortmund 1
7.      Olympique Marseille 0 vs Arsenal 1
8.      Porto 1 vs APOEL Nicosia 1

Tuesday 18 October 2011

Selangor vs Terengganu - Separuh Akhir Pertama

Malam tadi berlangsung perlawanan separuh akhir pertama menemukan 4 pasukan terbaik yang bertanding pada edisi Piala Malaysia tahun 2011. Pasukan Selangor menjadi tuan rumah menentang Terengganu dan Negeri Sembilan bertandang ke Kuala Terengganu bertemu T-Team.

Monday 17 October 2011

Kelantan vs Terengganu

Demam Piala Malaysia pada tahun ini telah bermula dan kini saingan telah memasuki saingan suku akhir. Saya mengikuti perkembangan Piala Malaysia agak lambat dan mula tertarik apabila mendengar berita kekalahan Kelantan di tangan Terengganu. Perlawanan tersebut agak menarik bukan hanya jumlah jaringan tetapi jumlah layangan kad merah dan kuning yang banyak seterusnya mencatat sejarah baru dalam bola sepak negara.

Sunday 16 October 2011

Tiada Lagi Cinta – Fida

Melodi ahad 17 Oktober 2011 seperti biasa bersiaran dengan cerita sedih, hangat, panas dan sensasi dunia hiburan. Pelbagai segmen dipaparkan tetapi saya tertarik dengan komen Fida mengenai kisah kontroversinya yang belum lagi reda. Gambar yang menampakkan rambutnya ketika sedang bercuti di negara orang telah dimuat naik ke internet oleh kekasihnya yang dungu ketika masih lagi bersama (kini menjadi bekas dan bersepah) menjadi punca kontroversi melanda.

Vokal : Bukan Sekadar Rupa

Malam tadi telah berlangsung konsert pertama Vokal – Bukan Sekadar Rupa (VBSR). Seramai 5 orang peserta bertanding dan 4 orang telah berjaya memikat hati para juri untuk ke peringkat seterusnya manakala seorang lagi terkandas di tengah jalan. Kesian juga kepada yang terkandas, mungkin boleh cuba lagi tahun hadapan.

Wednesday 12 October 2011

Futsal

Sudah lama  saya tidak berfutsal hingga terlupa bila kali terakhir bermain. Jika cuba diingat kembali hampir 3 bulan juga tidak berlari dan menendang bola. Lama juga berehat sempena ramadhan dan syawal lepas sehinggalah malam tadi diajak berfutsal jam 8 malam. Sebenarnya minggu lepas lagi sudah diajak tetapi anak pula tidak sihat terpaksalah ditolak.