Wednesday 26 October 2011

Piala Carling : Wolves 2 vs Man. City 5


Manchester City mengganas lagi apabila kali ini Wolves pula menjadi mangsa dengan jaringan besar 5-2 di Stadium Molineux. Walaupun tidak menurunkan pemain kesebelasan utama seperti ketika membenam Manchester United dalam perebutan takhta liga, Man. City masih boleh meneruskan rentak kemenangan mereka dalam merebut Piala Carling pula.
Wolves mendahului pada separuh masa pertama apabila Nenad Milijas menjaringkan gol pada minit ke 18. Tidak lama selepas itu penyudah Adam Johnson  pada minit ke 37 menjadi nadi kebangkitan Man. City dan 2 minit berselang rembatan rendah Samir Nasri menuju ke penjuru gawang  Wolves untuk gol kedua.

Edin Dzeko menambah satu gol buat Man. City pada minit ke 40 sebelum tamat separuh masa pertama. Babak kedua bersambung dan kesilapan daripada penjaga gol Wolves memberi 1 gol berharga buat Man. City mendahului dengan 4-1. Sekali lagi Edin Dzeko menjadi pemusnah dengan menjaringkan satu lagi gol pada minit ke 64 sebelum sentuhan pertama Jamie O’hara sebagai pemain gantian menambah jaringan Wolves seminit selepas itu.

Ternyata barisan kedua Man. City juga mantap dan boleh memenangi perlawanan tersebut tanpa kelibat David Silva dan Aguero yang tidak disenaraikan. Mungkin direhatkan sebagai persiapaan untuk perlawanan seterusnya dan sebagai strategi Mancini dalam mengekalkan posisi pendahulu liga ketika ini. Melihat senarai barisan pemain ketika menentang Wolves, saya tertarik dengan pemain Man. City yang memakai jersi no. 62 iaitu Abdul Razak.
Abdul Razak bermain sebagai pemain kesebelasan utama sebelum digantikan dengan James Milner pada minit ke 85. Apa yang menarik tentang pemain ini adalah namanya sama seperti jiran yang tinggal di hadapan rumah ibu mertua saya yang kini menghantar anak sulongnya ke rumah ibu mertua saya untuk diasuh. Beliau kini menanti untuk menimang cahaya mata ke 2 apabila isterinya disahkan mengandung dan dijangka akan bersalin tahun hadapan. Semoga rezeki mereka semakin bertambah. Amin!
Sedikit sebanyak maklumat mengenai Abdul Razak (bukan jiran ibu mertua saya). Dilahirkan di Ivory Coast pada 11 November 1992 dan baru berusia 18 tahun. Beliau mengisi ruang di padang sebagai pemain tengah dan penyerang. Berpindah daripada skuad pembangunan remaja Crystal Palace pada tahun 2010 dan terpilih untuk menyertai Skuad Pembagunan Elit Manchester City.
Tidak terpilih untuk bermain dalam sebarang perlawanan sehingga diberi peluang untuk bermain dalam pasukan simpanan dan membantu kelabnya membenam Bury di Ewen Fields dengan 2-0. Kemudian tanpa disangka beliau diberi kepercayaan untuk mengisi ruang skuad kesebelasan utama  bagi menggantikan David Silva pada minit terakhir perlawanan ketika menentang West Bromwich Albion untuk memburu kedudukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

No comments:

Post a Comment