Thursday 29 September 2011

Marhaban - Hari sebenar

Alhamdulillah, dengan izin-Nya sesi marhaban di jamuan raya pada hari ini berjalan lancer. Boleh dikira Berjaya dan memuaskan (perasaan sendiri) jika hendak dibandingkan dengan usaha yang sedikit. Harap penonton terhibur dengan persembahan kami (macam artis popular yang baru selesai membuat persembahan pentas). Mana tidaknya, semalam rancang dan hari ini majlisnya. Sesi praktis pula beberapa minit sebelum majlis bermula. Mujur ahli kumpulan (terdiri daripada jejaka kacak yang bilangannya tak ramai, hanya 4 orang) begitu sporting dan banyak membantu.
Praktis ala kadar sahaja berpandukan lagu marhaban yang dipopularkan oleh Mawi - Marhaban Rangkaian Selawat. Jika mengikut jadual awal, majlis dijangka bermula pukul 12.30 dan tidak tahu apa kenanya majlis berubah masa pula, di awalkan 30 minit. Menggelabah kami dibuatnya. Dalam hati hanya mampu bertawakkal kepada Allah dan berdoa semoga majlis dirancang tidak rosak umpama dilanda badai oleh suara kami berempat.
Berdiri dihadapan penonton yang ramai membuatkan saya gugup dan perasaan itu terpaksa dikawal rapi supaya tidak terkucil. Berbekalkan sifat yang jujur dan teknik pernafasan yang berkesan, sesi marhaban tersebut berjalan dengan jayanya walaupun tidak seorangpun antara kami yang mempunyai suara seperti Mawi. Saya juga tidak harap dibandingkan dengan mawi kerana antara kami jauh berbeza. Saya juga tidak pernah berangan ingin mencuba nasib dalam ujibakat AF yang begitu popular satu ketika dulu kerana sedar dengan kekurangan diri.

1 comment:

  1. How to make money from casino games online in 2021 - Work
    How to make money from casino games online in 2021 · Make money from casino games online หารายได้เสริม · Earn more at casino · Use bonus code: BOOKMOG. · Casino players kadangpintar are required 1xbet korean to

    ReplyDelete