Thursday 29 September 2011

Marhaban

Sudah lama tidak bermarhaban. Seingat sy, kali terakhir bermarhaban adalah di sekolah rendah dahulu. Itu pun ketika menyertai pertandingan marhaban antara sekolah. Jika tidak, belum tentu kenal apa itu marhaban. Bukan senang menghafal ayat marhaban memandangkan ia bukan bahasa ibunda kita. Mujur otak masih suci dan ingatan masih kuat ketika itu jika nak dibandingkan dengan sekarang sangat jauh berbezanya.


Kini sudah berbelas tahun sy meninggalkan sekolah rendah. Menuju ke dunia dewasa yang amat mencabar dan tercabar. Ditambah pula sudah berkeluarga. Pernah juga terdengar alunan marhaban ketika di majlis perkahwinan sepupu dua tahun lepas. Itu pun suara daripada kumpulan marhaban wanita sayup2 sahaja kedengaran dari dalam rumah. Maklumlah ketika itu sedang sibuk membasuh cawan dan pinggan dibelakang rumah. Punyalah banyak pingan mangkuk perlu dicuci.
Lirik marhaban yang dahulu segar dari ingatan kini sudah berkarat tetapi hari ini disuruh pula bermarhaban di majlis jamuan raya. Agak terkejut juga sebenarnya tetapi tidaklah sampai terkejut beruk. Mungkin hanya terkejut panda ketika itu. Pada mulanya agak khuatir kerana sudah lama tidak bermarhaban. Khuatir juga majlis yang dirancang rosak dengan jayanya dan menjadi bahan ketawa apabila tersilap lirik. Memandangkan pihak penganjur menginginkan benar bacaan marhaban ini dan ditambah dengan kesungguhan mencari bacaan marhaban dari internet. Di gagahkan jua hati ini. Cuma berdoa semoga segalanya berjalan lancer esok. Amin!


1 comment:

  1. Review and Rating of The Live Casinos of 2021
    Most of luckyclub.live these casino games are developed by real dealers, which allows them to make a lot of money and win real money. To be honest, this can seem

    ReplyDelete